Membeli kereta adalah suatu keputusan besar.

Dan bukannya semata-mata kerana anda boleh akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pengangkutan awam (ataupun kereta lama anda yang sering mengeluarkan bunyi misteri). Langkah ini sememangnya suatu komitmen besar — dari segi emosi dan kewangan. Namun begitu, ramai pembeli terlalu teruja dengan idea memiliki kereta baharu hingga terlupa untuk menilai sama ada mereka benar-benar bersedia ataupun tidak. Sebelum menandatangani perjanjian, luangkan sedikit masa dan tanya diri anda beberapa soalan penting. Dan soalan seperti, “Kereta ini ada dalam warna merah jambu?” bukan salah satu daripadanya.

Proses Pembelian Kereta: Untuk Pembeli Kali Pertama

Jadi, anda ingin membeli kereta pertama? Selamat datang ke realiti alam dewasa sebenar. Proses ini mungkin kelihatan agak rumit — cukup untuk membuatkan anda mempertimbangkan semula keputusan ini. Jangan risau, kami telah meringkaskan langkah-langkahnya supaya lebih mudah difahami:

01

Semak kelayakan anda

Terjemahan: Adakah anda mampu untuk membeli kereta?

02

Cari kereta dalam lingkungan bajet anda

Tidak salah untuk bercita-cita tinggi, tapi berpijak di bumi nyata.

03

Mohon pinjaman

Inilah masanya untuk menjadi “dewasa”.

04

Tandatangani perjanjian

Dan dalam sekelip mata, anda sudah bersedia untuk memandu di jalan raya!

Mudah sahaja, kan? Mungkin di atas kertas, ya. Tapi di dunia sebenar, kontrak yang anda tandatangani penuh dengan klausa kecil tersembunyi yang hanya disedari apabila amda mula menjadi tertekan dan bimbang melihat baki akaun bank.

Kesilapan Umum Yang Dilakukan Oleh Pembeli

“Alamak, saya tak terfikir pula tentang itu!”

Berikut merupakan antara kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pembeli berpengalaman sekalipun:

Fokus hanya pada bayaran pendahuluan

Memang puas apabila kitadapat membayar sejumlah besar di awal, tapi bagaimana dengan bayaran bulanan selepas itu… dan selepas itu… dan selepas itu?

Mengabaikan kos tersembunyi

Insurans, penyelenggaraan, dan kos yang dilabel sebagai “lain-lain” — semuanya boleh bertambah dari masa ke masa. Elakkan kejutan dengan mengambil kira semua kos ini sejak awal.

Tidak menyemak kelayakan pinjaman

Nampak berani bila terus mohon, tapi langkah ini boleh memakan diri. Lebih baik mengetahui kemampuan sendiri sebelum membuat komitmen (prinsip hidup yang baik bagi mereka yang takut komitmen).

Kenapa Pembeli Sering Terlepas Pandang Perkara Penting?

Anda Tidak keseorangan, Percayalah

Kenapa pembeli berpengalaman juga ada kalanya, membuat kesilapan yang sama seperti pembeli baharu?

Pengaruh emosi

Kami faham — bau kereta baharu boleh membuatkan sesiapa pun hilang logik kewangan sekejap. Tetapi keterujaan sementara itu boleh membawa impak signifikan pada tempoh jangka panjang.

Terburu-buru menandatangani perjanjian

Tawaran masa terhad memang menggoda, tetapi tekanan masa tidak bermakna anda perlu bertindak melulu. Ambil masa untuk membuat keputusan yang tepat — menenangkan hati dan mesra dompet.

Tidak membaca cetak halus (fine print)

Butiran kecil dalam kontrak sering dianggap remeh, tetapi maklumat yang dinyatakan di situlah yang amat penting — dan kadang kala, membawa perbezaan yang besar dan mahal, jika diabaikan. Sekiranya tidak berhati-hati, anda mungkin akan membayar lebih daripada yang dijangka.

Tidak mengetahui jumlah sebenar

Kadar faedah, bayaran bulanan, caj tambahan — semua ini boleh mengelirukan dan menyebabkan anda dibebani komitmen kewangan di luar kemampuan anda.

Soalan yang Perlu Ditanya Sebelum Menandatangani Perjanjian

Elakkan Penyesalan Pasca-Pembelian

Sebelum anda tandatangani apa-apa, dan sebelum memberi nama kepada kereta baharu anda — tanya kepada diri anda dahulu:

Bolehkah saya menanggung komitmen ini untuk tempoh jangka panjang?

Apakah kos sebenar perjanjian ini termasuk faedah?

Apakah caj tersembunyi yang perlu saya tahu?

Apakah keadaan sebenar kewangan saya?

Bagaimanakah pembelian ini boleh mempengaruhi kewangan saya pada masa hadapan?

Bagaimana Alat Tras Membantu Anda Membuat Keputusan

Pembantu Kewangan Peribadi Anda — Versi Lebih Hebat

Berita baik, anda tidak perlu menghadapi semua ini seorang diri. Tras menyediakan pelbagai alat pintar untuk memudahkan proses pembelian kereta tanpa sebarang kebimbangan.

CarCulator Kesihatan Kewangan Fungsi

Fungsi

Memberi gambaran jelas tentang keadaan kewangan anda.

Kelebihan

Memberi gambaran jelas tentang keadaan kewangan anda.

Contoh

Merancang untuk membeli kereta BYD serba canggih yang baharu itu? Alat ini akan menunjukkan sama ada harga kereta tersebut dalam lingkungan bajet anda ataupun membuat anda terpaksa mengikat perut dan makan mi segera pada bulan kedua.

Simulator Pinjaman

Fungsi

Memberikan simulasi pinjaman sebenar berdasarkan profil kewangan anda.

Kelebihan

Menyediakan gambaran awal komitmen masa hadapan anda. Jadi, tiada lagi kejutan apabila tiba masa untuk membuat bayaran pertama.

CarCulator

Fungsi

Memadankan anda dengan pilihan kereta dalam julat harga sebenar anda.

Kelebihan

Mengelakkan anda daripada “jatuh cinta” dengan kereta yang hanya buat anda susah hati dan poket anda kosong.

Tak Tahu Di Mana Untuk Bermula?

Ambil langkah pertama dalam perjalanan pembelian kereta anda dengan mengetahui kereta yang sesuai dengan bajet anda. Klik di sini untuk menggunakan CarCulator, dan temui kereta idaman yang sepadan dengan matlamat kewangan anda!

Kesimpulan: Membeli kereta bukan sekadar bergantung kepada gerak hati.

Proses ini tidak perlu menjadi begitu rumit. Dengan alat yang betul, soalan yang tepat dan sedikit muhasabah diri (selepas menyemak baki akaun bank), anda boleh memiliki kereta impian tanpa penyesalan. Sudah bersedia untuk memegang stereng dengan yakin? Gunakan alat Tras hari ini dan menempa perjalanan pembelian kereta anda ke arah yang betul!