Testimoni

Ramai pelanggan kami sudahpun menikmati sendiri proses pembiayaan yang lancar dan mudah bersama Tras — dan ini kisah mereka.

Saya baru sahaja membeli Proton X50 melalui pembiayaan daripada Tras dan pengalaman saya secara keseluruhan berjalan lancar dari awal hingga akhir. Tiada sebarang kejutan yg tidak dijangka! Tras membantu saya mendapatkan kadar pinjaman terbaik melalui bank panel mereka sekali gus memudahkan lagi urusan pembelian saya. Terima kasih Tras, saya berjaya memiliki kereta baru!

Aida
Pembeli Kereta Proton

Melalui Tras, pembiayaian pembelian VW Tiguan saya begitu mudah. Saya hanya perlu memuat naik dokumen dan semuanya bergerak dengan pantas selepas itu. Proses pembelian saya berjalan tanpa sebarang kerumitan dan saya benar-benar kagum dengan kecekapan serta tindak balas pantas pasukan Tras. Secara keseluruhannya, pengalaman saya amat lancar.

Fitri
Pembeli Kereta VW

Tras benar-benar memudahkan proses pembiayaan kereta saya. Saya hanya perlu memuat naik dokumen, dan semuanya diurus dengan begitu lancar. Saya suka kerana diberi beberaoa pilihan bank pembiayaan, kadar faedah berpatutan dan tidak perlu berkongsi dokumen kewangan saya dengan ejen jualan.

BK
Pembeli Kereta Mitsubishi

Pengalaman saya berkolaborasi bersama Tras amat lancar dan memuaskan. Kami telah berjaya mendaftarkan beberapa kereta melalui platform ini, dan pelanggan memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap waranti lanjutan yang ditawarkan oleh Tras! Secara keseluruhannya, pasukan Tras sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang konsisten sepanjang proses jualan.

Nordin
Pengedar Utama Audi

Platform kami memudahkan anda memahami dunia pembiayaan kereta — sambil memperkasa anda membuat keputusan yang bijak di setiap langkah.